Monday, August 22, 2011

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah.............


hey olls.. :)
seorang wanita dikurniakan sesuatu kelebihan yang tiada pada lelaki... saya terjumpa link dr 1website, dan terasa ingin berkongsi dgn anda semua,, so, marilah kita sama2 menambah2kan ilmu pengetahuan nye... hihihihi

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan  
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinaya. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka  hati
tapi,  cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada  cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung
Allah   sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

Marilah kita pegang kepada tali Allah.  
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..  
Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk  Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.  

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh  
 kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan
Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. 

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak
nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. 

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. 

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak  
derhaka denganNYA........ 

Saturday, August 6, 2011

Kebahagian di tangan kamu



‘Happiness is in your hand’. Itu prinsip dasarnya.Semuanya bergantung pada cara kamu berfikir. Andai kamu percaya kebahagiaan itu mampu untuk dicapai maka percayalah dengan sendirinya hidup pasti akan  lebih bahagia. Namun andai kamu berfikir sebaliknya, secara tidak langsung hidup kamu akan terus  suram dan terasa dirundung dengan pelbagai masalah. Oleh itu, sekiranya kamu inginkan hidup  lebih bahagia, ubahlah cara dan gaya pemikiran kamu mulai dari sekarang. Semak perkara berikut, ia  mungkin boleh membantu kamu...
Senyum
Mungkin sudah berjuta-juta kali kamu mendengarnya tetapi inilah penawar paling mujarab untuk kamu  sentiasa rasa bahagia. Oleh itu, rajin-rajinlah melemparkan senyuman. Percayalah dengan senyuman kamu mampu mengubah banyak perkara termasuklah membuat sebuah suasana yang sunyi sepi menjadi  ceria. Jangan hanya senyum pada orang yang kamu kenali sahaja, lemparkan juga senyuman pada orang  yang kamu tidak kenali. Kamu akan rasa begitu bahagia apabila senyuman kamu dibalas dengan  senyuman juga. ‘You Are Beautiful, No Matter  What They Say’ Cantik itu hanya satu konsep dan ia bergantung kepada cara kita berfikir. Oleh tu, sentiasa percaya, diri kamu   juga dikategorikan dalam  golongan yang cantik. Dengan itu secara tidak langsung orang lain juga akan melihat kamu cantik. Namun sekiranya kamu merasakan dirimu kurang cantik maka di mata orang lain akan memandang kamu  dengan pandangan yang sama. Tidak pasti kenapa, namun mungkin ini yang dikatakan aura....

Buka Mata, Buka Telinga
Cubalah bergaul dan bercampur dengan orang dari pelbagai peringkat dan umur.  Lebih banyak kamu  bergaul, lebih baik. Kamu bukan sahaja boleh melihat malah mendengar pengalaman orang lain. Secara tidak langsung kamu akan jadi sedar bahawasanya bukan kamu seorang sahaja yang susah di dunia ini  malah ada orang yang lebih susah dan merana daripada kamu. Jadi bersyukurlah dengan hidup kamu..    Luahkan Segala Yang Terpendam Luahkan sahaja apa yang ada di dalam hatimu. Sekiranya dibiarkan ia bersarang,lama kelamaan apabila sudah tidak tahan  akibatnya akan meletup dan sukar untuk   dikawal lagi. Daripada kamu jadi tidak terkawal, mengamuk tidak tentu pasal lebih  baik kamu belajar untuk    berterus terang dan meluahkan sikit demi sikit. Hidup akan rasa begitu bahagia apabila kamu sedar    bahawa susah atau senang kamu sentiasa ada orang di sisi menemani.


Lihat Sekeliling
Luangkan waktu untuk menikmati pemandangan sekitar kamu 15 minit  sehari. Memandang ke langit,  mendengar suara burung atau melihat tingkah laku binatang mampu menjadi terapi yang sangat menenangkan. Di samping itu, kamu juga akan sedar betapa kecilnya kamu di tengah alam semesta ini  dan bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk terus hidup. Bahagiakan begitu?



Cuba Perkara Yang Baharu
Kebosanan adalah salah satu alasan mengapa kamu tidak berasa ‘happy’ dengan  hidupmu. Oleh itu,  untuk memastikan kamu tidak bosan dengan hidupmu cubalah melakukan hal-hal yang baru dan tidak pernah kamu lakukan. Kebiasaannya kamu akan rasa teruja apabila berpeluang untuk melakukan sesuatu  yang baru. Barulah hidup kamu akan gembira sekiranya hidupmu sentiasa ada pembaharuan..

credit by Remaja

Wahai lelaki serius - kamu dikehendaki



Mencari seorang pasangan yang benar-benar sesuai bukanlah mudah. Komitmen adalah yang paling  penting dalam menghidupkan hubungan agar terus mekar. Namun, kaum Adam sering diragui komitmen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini. Adakah mereka benar-benar serius dalam memberi dan  menerima cinta? Jom semak !


Ya, Dia Benar Serius!

♥ Hafal sangat
 Semua perkara tentang kita,melekat terus dikepalanya. Sepanja g perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan, apa sahaja  tentang diri kamu dia tahu. Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke restoran kegemaran kamu,  semuanya tip top! Prihatin adalah perkataan yang sesuai digunakan. Oleh itu, kamu tahukah si dia amat  benar serius dengan kamu.


♥ Orang pertama
Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, dia adalah orang pertama yang akan muncul menyelamatkan  kamu. Tidak kira pada waktu siang hari ataupun ketika lewat malam, dia sentiasa ada untuk membantu.  Ya, sudah pasti si dia berbuat begitu kerana kamu adalah orang yang paling istimewa di hatinya.



♥ Teringat-ingat
Setiap kali kalian berjauhan, pasti si dia terkenang-kenang kamu. Kata  orang, biar jauh di mata tapi dekat  di hati. Walaupun dia bekerja di luar daerah (out station), si dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar  kamu setiap hari. Sudah pasti dia juga membawa pulang sesuatu untuk kamu sebagai si buah hati pengarang jantung.



♥ Pengkritik tetap
Dia adalah cermin kamu? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti akan dikritik  olehnya. Ingat, kritik bukan  sahaja pada yang negatif. Kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu. Terpulang pada  kamu untuk menerima kritikannya. Jika di dalam Facebook pun, si dia rajin benar komen status ataupun gambar-gambar kamu. Oleh itu, kamu tahu kan bahawa si dia rajin sangat buka profile kamu.



♥ Curahan hati itu ini
Jika soal kerja menjadi luahan hatinya setiap waktu, itu perkara biasa.  Namun, jika dia mula meluahkan  apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah membawa kalian ke satu tahap  yang lain. Si dia mempercayai kamu sehingga boleh meluahkan soal keluarga dan peribadi. Ingat, lelaki  bukanlah seorang yang suka buka masalah sendiri. Oleh itu, hargai dan berpeganglah pada  kepercayaannya.



                                                                    ♥ Rencana matang
Hah, ini maknanya si dia betul-betul serius. Apabila si dia sudah mula  merencanakan masa depannya  bersama kamu, itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan ‘mesti buat’ atau ‘mesti ada’ si dia.


credit by Remaja

Wednesday, August 3, 2011

Happy Fasting!



 Hey olls.. Happy Fasting to all muslims.. :)
rase nye masih xterlambat ag nk post pasl puasa ni.. bwu puasa ke- 4 kan... 
so, sempena bulan ramdhan ni, bulan yg baek, aku harp kowg sume dapt berpuse dengan kerelaan hati, berpuasa bkn skdar memenuhi rukun islam, tp atas dsar tggjwb kte sbg seowg muslim.. dngn harapan puasa thn ni akan lebih smprna berbndng yg lepas .. Amin.. 

SELAMAT BERPUASA SEMUA :)

 
template by suckmylolly.com